Senarai 27 Urusan Penting Untuk Semakan Penjawat Awam yang Bersara

1. APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG BAKAL PESARA?

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumenpersaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikhpersaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masayang sepatutnya.

2. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERDAPAT KENAIKANPANGKAT, PERGERAKAN GAJI ATAU SEBARANG PERUBAHAN KEPADAPERKHIDMATAN DAN GAJI AKHIR SETELAH BERSARA?

Pesara perlu memastikan Jabatan akhir mengemukakan kenyataanperkhidmatan yang telah dikemaskini ke KWAP untuk hitung semulafaedah persaraan.

3. ADAKAH TEMPOH PERKHIDMATAN SANDARAN BOLEH DIAMBILKIRA UNTUKTUJUAN PENGIRAAN FAEDAH PERSARAAN?

Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempohperkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan.

4. BILAKAH GANJARAN DAN PENCEN AKAN DIBAYAR BAGI PERSARAAN ATASSEBAB KESIHATAN (ASK)?

Tarikh kuatkuasa ASK ialah sehari selepas ianya diluluskan.Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada akan dibayardalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan puladalam tempoh 30 hari.

5. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH AHLI KELUARGA SEKIRANYAPEGAWAI MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN?

Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (Pegawai yang meninggaldunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan  menyerahkan semuadokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapatmengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian PascaPerkhidmatan,JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematiangemulah.

Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhirgemulah.

6. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN DALAMPERSARAAN DAN MASIH TERDAPAT BALU / DUDA ATAU ANAK YANG MASIH LAYAKMENERIMA PENCEN TERBITAN?

Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (Pegawai yang meninggaldunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAPsecepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepadabalu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera.

Ini juga termasuk dengan dokumen permohonan Bantuan MengurusJenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 dan dihantar kepada KWAP.

7. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA PENERIMA PENCENMELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA?

Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertamaperlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi PengajianTinggi (IPT) - JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untukpengemaskinian maklumat.

8. ADAKAH BALU / DUDA YANG DIKAHWINI DALAM PERSARAAN LAYAKMENERIMA FAEDAH TERBITAN?

Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untukmenerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun daritarikh persaraan.

9. ADAKAH BALU / DUDA YANG DIKAHWINI SELEPAS PENSWASTAANSYARIKAT LAYAK MENERIMA FAEDAH TERBITAN?

Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selpas penswastaansyarikat layak untuk menerima pencen terbitan adalah terhadsehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.

10. SEKIRANYA SEORANG ANGGOTA AGENSI YANG DISWASTAKAN TELAHMEMILIH SKIM A (SKIM GAJI ALA KERAJAAN), ADAKAH BELIAU BOLEHMEMILIH UNTUK MENUKAR KE SKIM B (GAJI ALA SYARIKAT)?

Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun dari tarikhpenswastaan syarikat tersebut.

11. APAKAH GANTIAN CUTI REHAT (GCR)?

Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepadaAnggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cutirehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

12. BILAKAH GCR BERKUATKUASA?

Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberikepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1Januari 1974.

13. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GCR?

Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap(termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementaradalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.

14. SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK MENERIMA GCR?

Award Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada pegawai yangmeletakkan jawatan atau pegawai yang dikenakan tindakan tatatertibbuang kerja.

15. BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?

Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikutperuntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, PekelilingPerkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.

16. FORMULA PENGIRAAN GCR?

Formula GCR adalah seperti berikut : 

1/30 X cuti rehat terkumpul (hari) X (gaji akhir + * imbuhantetap )

Imbuhan tetap adalah =

i. Imbuhan Tetap Jawatan Utama

ii. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

iii. Imbuhan Tetap Keraian (ITK)

iv. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

Tertakluk maksimum 150 hari

17. JABATAN MANAKAH YANG MEMBAYAR GCR?

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawabmeluluskan dan membayar 'Award' Gantian Cuti Rehat kepada pesaraperkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awamnegeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayaroleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.

18. BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?

Pembayaran GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikhpersaraan pegawai.

19. APAKAH KELAYAKAN ANAK BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN DALAMPERKHIDMATAN UNTUK MENERIMA PENCEN TERBITAN?

Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan,kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atauberkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian diperingkat ijazah pertama

20. BOLEHKAH PEGAWAI/PEKERJA MENGUMPUL SEMUA CUTI REHAT DITAHUN AKHIR PERKHIDMATAN SUPAYA DAPAT DIKUMPUL UNTUK GANTIAN CUTIREHAT (GCR)?

Pegawai/Pekerja boleh mengumpul cuti rehat maksimum tahun akhirmengikut kelayakan cuti rehat tahunannya.

21. DIMANAKAH DOKUMEN PERSARAAN PERLU DIHANTAR?

Dokumen persaraan boleh dihantar ke:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Jabatan Perkhidmatan Persaraan,

Aras 2, Skytech Tower 2,

MKN Embassy Techzone,

Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,

63000 Cyberjaya, Selangor

22. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN BORANG PERMOHONANBANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)?

Borang permohonan boleh dimuat turundiwww.jpapencen.gov.my atau di linkinihttp://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM.pdfdaninformasi lanjut mengenai BMJ ini adalah seperti di linkinihttp://www.jpapencen.gov.my/bmj.html

23. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN BERITATERKINI MENGENAI URUSAN PERSARAAN DAN PERKARA YANG BERKAITANDENGANNYA?

Layari www.jpapencen.gov.my dan like Facebookkami iaitu Bahagian Pasca Perkhidmatan

24. BAGAIMANAKAH PROSEDUR MENGGANTIKAN KAD PESARA YANGHILANG?

Kad pesara boleh dibuat di kaunter KWAP Cyberjaya atau Kaunter1Serve di Blok C2, JPA.

25. ADAKAH TERDAPAT TEMPOH TERTENTU DALAM MENUNTUT BAYARANMENGURUS JENAZAH (BMJ)?

Tiada tempoh yang ditetapkan untuk menuntut BMJ ini asalkankematian tersebut berlaku pada atau selepas tahun 2010.

26. SAYA SEORANG PENJAWAT AWAM YANG MENGURUS PENCEN PEGAWAI/ANGGOTA DI JABATAN KAMI. APAKAH NOMBOR TELEFON DAN EMAIL YANG BOLEHDIHUBUNGI?

Sila hubungi talian 03-88878777 [email protected]

27. APA PERLU WARIS LAKUKAN APABILA PESARA ATAU PENERIMA PENCENMENINGGAL DUNIA DAN TIDAK LAGI MEMPUNYAI WARIS YANG LAYAK MENERIMAPENCEN TERBITAN?

Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiadaorang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, warishendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:

1. Memaklumkan kepada BP, JPA dengan segera tentang kematianpesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:

(i) 1 salinan sijil mati gemulah;

(ii) Kad Pesara yang asal;

(iii) Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.

2.     BP, JPA akan menguruskan baki pencen(jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat.Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.