Murid Dalam Kelas Terlalu Ramai Menyukarkan Guru

Kelas yang terlalu padat sebenarnya menyukarkansesi PdPc untuk berjalan secara sempurna, biarpun di ataskertas guru sebenarnya boleh mengawalnya, namun secara realitinyaia tidaklah semudah yang disangka.

廣告-請繼續往下閱讀

Berapakah jumlah murid yang sesuai bagi sesebuah kelas?

Berdasarkan pengamatan dan tinjauan semasa, rata-rataberpendapat sebuah bilik darjah hanya perlu memuatkan tidak lebihdari 30 orang murid sahaja. Ini bagi memastikan guru dapatmemberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa dalam aktiviti PdPc.

Sekiranya lebih sikit lebih baik, namun di sekolah yang beradadi kawasan penduduk yang padat kebiasaanya murid mencecah sehingga45 orang sekelas, bahkan ada yang lebih lagi.

Kita juga faham bahawa ada sekolah yang kekurangan guru danbilik darjah, dan ada juga kawasan yang memerlukan pembinaansekolah yang baharu bagi menampung jumlah murid yang sudah melebihihad.

Selain daripada itu, kita juga pernah mendengar konsep 1 kelas 2guru / 3 guru, pelaksanaan ini dapat dilihat dalam program jQAF dimana di dalam kelas Al-Quran ada guru bersama yang akan turutmembantu. Namun begitu untuk Mata Pelajaran lain masih belumdilaksanakan sepenuhnya.

Mungkin juga atas faktor kekurangan guru dan keperluanperkhidmatan. Sekiranya ia dapat dilaksanakan, mungkin akan dapatmeningkatkan lagi prestasi dan penguasaan murid.