Saman Cikgu Menjadi-jadi

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

Isu penjaga menyaman guru semakin menjadi-jadi sejakkebelakangan ini, beberapa kes yang diviralkan di media sosialsebelum ini membuka mata masyarakat bahawa guru juga mempunyaimaruah yang perlu dipertahankan, guru juga manusia biasa yangkadang-kadang ada silapnya.

Menteri Pendidikan dalam status terbarunya menggesa ibu bapa danguru menggunakan pendekatan yang profesional dalam menyelesaikanmasalah mereka.

Berikut merupakan kenyataan beliau:

 

Ibu bapa dan pihak sekolah diminta menggunakan pendekatanbijaksana dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang terjadi diantara kedua-dua pihak tanpa perlu melibatkan saman menyaman.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh berperanan sebagaiperantara atau orang tengah dalam mewujudkan keharmonian sertapermuafakatan di antara kedua-dua pihak demi memastikan hasratkemenjadian pelajar mampu dicapai.

Semoga permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan terbinadengan kerjasama semua pihak.