Luahan hati seorang Pendidik

Luahan hati seorang Pendidik

 

Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru yang cuba terjundari tingkat 4 sebuah sekolah di Putrajaya semalam. Namun ataspujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat dia berjayadiselamatkan dan dibawa ke.Hospital Putrajaya untuk dirujuk.Masalah yang dikesan ialah KEMURUNGAN.

Sahabat guru saya yang dikasihi semua. Mengapa ini berlaku?Dahulu pernah terjadi di sekolah tamil di Kelang , guru cuba minumracun akibat tekanan kerja. Mengapa ye?

Profession yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kinisudah menjadi satu profession yang berisiko tinggi untukkemurungan. Guru kini sudah hilang 'NIKMAT' dan 'GHAIRAH' semasamengajar. Tidak seperti zaman guru guru kita mengajar kita dahulu.Di bandar-bandar guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat.Sampai di pasar membeli ikan pun apek cina boleh cakap..CIKGU MAUIKAN APA? PILIH CIKGU..sedangkan tak kenal pun apek tu. Sayasendiri melaluinya pada tahun 95 dahulu..di pekan Saratok. Biladitanya... mana tahu saya guru..apek tu cakap..kitak punyamua...ada landik punya orang.. kamek tahu itu mua cikgu (muka awakmemang ada muka orang bijak dan orang bijak ialah cikgu...sekarangmuka serabut dan serabai lah cikgu sebab stress huhu). Sekarangsusah nak cari orang yang hormat pada guru. Malah bermacam macamsumpah seranah dihamburkan pada guru. Sentuh murid salah...biarkanpun salah. Ada satu status saya baca...di media sosial..seorangmemberi komen bahawa guru nak cepat balik rumah..sepatutnya tunggusemua anak murid diambil ibu bapa pulang baru lah guru balik. Sayaterkentut membacanya (real punya kentut) apa dia ingat kami guru nimandul? Takda anak di sekolah dan nursery yang perlu kami jemput?Ada kes ibubapa bila dipanggil untuk jemput anak yang demam supayabawa pulang ke rumah dan dibawa ke klinik..mereka balas denganjawapan..saya busy kat office ni...boleh bagi dia panadol tak?(Peraturan guru tak boleh bagi ubat pada murid hatta paracetemolkerana guru bukan pegawai perubatan yang sah). Ada guru yangterkejar kejar dengan mesyuarat kurikulum lah, mesyuaratperlaksanaan program itu ini begitu begini, mesyuarat penetapansasaran..sampai ada kes lupa anak dalam kereta sampai meninggalanak itu..semata mata mengejar meeting. Ada kes guru tiba tibapengsan dan mati semasa proses pengajaran. Ada guru meninggal sebablemas semasa aktiviti perkhemahan. Yang meninggal akibat kemalanganjalanraya pun makin banyak. 

廣告-請繼續往下閱讀

Sedihkan...sepatutnya suara comel anak anak murid jadi penghiburhati guru...kini guru terpaksa mengajar mengikut acuan acuantertentu. Kelas mesti mengikut PAK21..pendidikan abad ke 21. Muridmurid duduk berkelompok...bila guru mengajar..susah nak fokuskontaks mata. Berbeza dengan guru zaman 70an 80an 90an.. naikkapcai..mengajar sambil gelak ketawa..menyakat murid merapatkansilaturrahim. Kalau garang masih dihormati. Anak anak murid dahulupun sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya. Bukan macam sekarangmuridnya hati tisu..jiwa rapuh bagai kerepek...bila disindir masakecil.sampai besar dia merepek. 

Kembalikan keghairahan mengajar kepada guru guru. Jangan kekangkreativiti guru..biarkan guru melaksanakan tugas MENDIDIK denganlebih teratur. Jangan dibebankan dengan tugas sampingan yang bukanjadi teras kerja. Sampaikan nak sambut pegawai pun duit gurudiminta derma. (Kawan saya kat Sabah mengadu harap harap takberlakulah kesian kat cikgu2 kita) . Guru guru dah hilang semangat.Kalau jabatan lain boleh buat team building dan bina diri..untukmeningkatkan kualiti kerja. Manakala guru cukup dengar ceramahbebelan SISC sambil minum air mineral dan disaji..gulagula....hmmmm kalau dulu ada juga karipap dan koci..nak harap mihunjauh sekali.

Bertabahlah guru guru. Allah bersama mu.

 

Sumber : Taska Didik