70 pelajar, guru sekolah menengah di Pahang dijangkiti beguk ...

 

廣告-請繼續往下閱讀

Mereka mengalami tanda-tanda mengalami penyakit berkenaanseperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang seleramakan serta bengkak dan sakit di kelenjar air liur. - Foto AstroAWANI / Noraniza Kamsani

KUANTAN: 70 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Agama (SMA)Kuala Lipis, di sini dikesan menghidap kluster Mumps atau beguksejak 20 Februari lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sha'ari Ngadiman berkata,bagaimanapun kesemua pesakit adalah stabil dan mendapat rawatansebagai pesakit luar.

Beliau berkata, mereka mengalami tanda-tanda mengalami penyakitberkenaan seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan,hilang selera makan serta bengkak dan sakit di kelenjar airliur.

 

"Kebiasaannya, mereka yang terkena penyakit ini akan sembuhsepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga minggu," katanya dalam satukenyataan di sini, hari ini.

Dr Sha'ari berkata, penyakit itu disebabkan jangkitan virusParamyxovirus yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan,air liur dan sentuhan objek yang tercemar dengan air liurpesakit.

Beliau berkata, jangkitan virus berkenaan adalah biasa dalamkebanyakan kes dan akan sembuh sepenuhnya tanpa pesakit mengalamikomplikasi seperti jangkitan testis, telinga, otak dan ovari.

Sementara itu, pihaknya turut menjalankan aktiviti pendidikankesihatan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah berkenaanberikutan kes penyakit beguk yang direkodkan di sekolah itu.

"Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Lipis juga melakukanpemantauan secara harian kepada warga sekolah berkenaan.

"Orang ramai yang mengalami gejala atau tanda berkaitandinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal di premis fasilitikesihatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

 "Mereka juga perlu memastikan kebersihan diri danpersekitaran terjaga bagi mengelakkan dijangkiti penyakit iniselain sentiasa mengamalkan etika batuk yang betul," katanya.

廣告-請繼續往下閱讀