Guru Besar maut kereta rempuh tiang lampu isyarat

 

廣告-請繼續往下閱讀

GURU Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Lambor Kiri,Mohd AziziMohamad Salleh maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelummelanggar lereng bukit dan merempuh tiang lampu isyarat diKilometer 12.5 Jalan Seri Iskandar-Parit. - Foto Ihsan BOMBA

 

SERI ISKANDAR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Lambor Kirimaut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar lerengbukit dan merempuh tiang lampu isyarat di Kilometer 12.5, JalanSeri Iskandar-Parit di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, mangsa Mohd AziziMohamad Salleh, 50, ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad ZainalAbdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memanduPROTON Waja dalam perjalanan dari Dewan Serbaguna Seri Iskandaruntuk balik ke rumahnya di Kampung Tengah, Parit.

 

"Sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga jalan, kereta mangsadipercayai terbabas dan melanggar lereng bukit dan menyebabkantiang lampu isyarat patah dan mangsa meninggal dunia di tempatkejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini.

 

Mohamad Zainal berkata, kejadian berlaku dalam keadaan jalanbasah selepas hujan dan tiada saksi yang melihat kemalanganitu.

 

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan di Hospital ChangkatMelintang dekat sini bagi mengetahui punca sebenar kematian.

 

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta PengangkutanJalan 1987.

 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeriberkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 malamdan sepasukan anggota dari Balai Seri Iskandar bergegas ke tempatkejadian.

 

"Sebaik pasukan tiba, didapati mangsa terperangkap dalamkenderaan yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukanperubatan yang tiba di situ.

廣告-請繼續往下閱讀

 

"Anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelumdiserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat sepenuhnya pada jam8.11 malam," katanya.