STPM 2017 Lebih ramai bakal mahasiswa ke universiti awam

 

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri DrMohamed Mustafa Ishak berkata, pencapaian itu menunjukkanpeningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semuakriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2016.

Beliau berkata, keputusan itu mengatasi semua pencapaian sejakSTPM modular diperkenalkan pada 2013.

Katanya, peningkatan itu membabitkan PNGK Nasional, PNGK 3.50 keatas, PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.75 ke atas, PNGK 2.50 ke atas, PNGK2.00 ke atas, peningkatan peratus lulus penuh pada lima dan empatmata pelajaran dan peratus lulus penuh dalam sekurang-kurangnyasatu mata pelajaran dengan gred C ke atas.

 

 

 

Mohamed Mustafa (kiri) bersama Mohd Fauzi menunjukkan keputusanSTPM 2017 di Putrajaya, turut kelihatan. FOTO Mohd Fadli Hamzah

「Bilangan calon yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas bertambahkepada 6,408 calon iaitu 14.89 peratus berbanding 6,137 calon(14.20 peratus) pada 2016.

「Peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkatkepada 40.48 peratus (17,423 calon) pada 2017 berbanding 37.62peratus (16,263 calon) pada 2016.

廣告-請繼續往下閱讀

「Bagaimanapun, peratusan calon mendapat PNGK 4.00 sedikitmenurun iaitu kepada 1.13 peratus atau 485 calon berbanding 1.31peratus (565 calon) pada 2016.

「Namun, saya menjangkakan peluang lepasan STPM 2017 untukditerima masuk ke universiti awam adalah lebih besar keranapeningkatan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atasadalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada2016,」 katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2017 di Putrajaya,sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Eksekutif MPM Mohd Fauzi Mohd Kassim.

Beliau berkata, bilangan dan peratusan calon yang mendapat 5Adan 4A menurun kepada 521 calon (1.21 peratus) pada 2017 berbanding575 calon (1.33 peratus) pada 2016.

「Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalamlima dan empat mata pelajaran meningkat kepada 72.02 peratusberbanding 71.88 peratus pada 2016.

「Peningkatan ini juga memberi gambaran bahawa pencapaian calonTingkatan Enam di sekolah kerajaan kini semakin baik, dipercayaihasil pelaksanaan inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam yang giatdiusahakan Kementerian Pendidikan,」 katanya.

Mohamed Mustafa berkata, secara keseluruhan, semua 22 matapelajaran yang ditawarkan dalam STPM 2017 mencatatkan peratusanlulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

「Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah yang mempunyaiGred Purata Sekolah (GPS) tertinggi, MPM memberikan sijilpenghargaan kepada 10 sekolah kerajaan terbaik pada STPM 2017,」katanya.

10 Sekolah Terbaik STPM 2017

1. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, PasirMas, Kelantan

3. SMK Hua Lian, Taiping, Perak

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Mohd Said,Seremban, Negeri Sembilan

廣告-請繼續往下閱讀

5. SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak

6. SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang

7. SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan

8. SMA Maarif, Besut, Terengganu

9. SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan

10. SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Mac 2018 @ 1:42 PM

 

Pelajar SMK ST Thomas, Kuching terharu bersama keluarga dan guruselepas mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2017. FOTO NadimBokhari