Panduan & Contoh Penulisan Impak / Refleksi dalam RPH

廣告-請繼續往下閱讀

PENULISAN REFLEKSI

Apa itu refleksi ?

Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesananpengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuanmempertingkatkan kemahiran guru.

refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion)

refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah danbermatlamat.

refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective (emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalamtindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.

Mengapa perlu refleksi ?

Refleksi membantu pelajar :

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaranpembelajaran.

Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutupengajaran pembelajaran.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.

Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.

Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

Bila perlu refleksi ?

Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat padaruang refleksi dalam buku persediaan mengajar.

Contoh REFLEKSI

1.Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........

2.Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini /........

3.Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.

4.Murid berjaya menguasai konsep ........

5.Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada mingguhadapan

6.Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yanglain dalam P&P akan datang.

7.Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.

8.Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.

9.Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantumurid berpindah kepada tugasan baru.

10.Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.

11.Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalamkelas.

12.Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.

13.Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebihmemahami .........

14.Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baruapabila diuji kefahaman mereka.

廣告-請繼續往下閱讀

15.Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasapengajaran.

16.Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan.

17.Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkansoalan mencabar dalam P&P akan datang.

18.Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawalkebisingan.

19.Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akandatang.

20.Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.

21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hariini.

22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......

23.Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesipengajaran sedang berlangsung.

24.Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapatsegelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukanperhatian.

25.Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektifpembelajaran tercapai.

26.Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat MajlisSambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.

 

PENULISAN IMPAK

Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untukmenambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individudan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif.""30/30 muridmencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit denganbimbingan guru."

Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilaisecara kuantitatif.

Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjaditidak logik jika ditukar kepada kuantiti.

Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuaijika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.