Augerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

 

Setiap tahun ada sahaja isu yang dikaitkan dengan LaporanNilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Augerah Perkhidmatan Cemerlang(APC). Memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, namunsebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kitamesti bersikap seadil-adilnya dan mengambil kira pelbagai faktorsupaya markah yang kita berikan benar-benar tepat dan wajar dengansumbangan individu tersebut untuk tahun semasa. 

Selain kriteria yang diberikan dalam borang LNPT tersebut,jangan sesiapa di kalangan yang menjadi pegawai penilai menambahkriteria lain yang tidak wujud menurut sesuka hatiseperti 

1)memberi pertimbangan di luar tahun semasa, 

2)berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikandan 

3)kerana ingin mengambil hatinya. Selain itu, pihak yangmemberikan markah mestilah berhati-hati semasa memberi markahsupaya tiada berlaku kesilapan sehingga menganiayaindividu-individu tertentu.

 Pastikan markah yang diberi dalam borang LNPT itu samadengan markah yang diberi dalam komputer. 

廣告-請繼續往下閱讀

Komputer yang digunakan untuk mengisi jumlah markah tidak boleh,sama ada secara sengaja atau tidak sengaja terdedah kepadaindividu-individu yang tidak berkaitan sehingga memungkinkan adapeluang untuk melakukan pindaan dan pengubahsuaian markah yangtelah pun diputuskan lebih awal. 

 

Sebab itu adalah lebih tepat jika markah itu diisi oleh pengetuamenggunakan komputer peribadi atau komputer yang dikhaskan kepadapengetua sahaja. Itu yang berkaitan dengan LNPT, bagaimana pulahalnya dengan APC. 

 

Calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebenarnya dipilihdaripada mereka yang telah mendapat markah tahap cemerlang dalamLNPT iaitu 80% ke atas. Maknanya sesiapa sahaja yang mendapat 80%dan ke atas berhak dipertimbangkan oleh majikan untuk mendapatanugerah tahunan itu.

 

 Memandangkan APC merupakan anugerah tahunan semasa, tidakmustahil seorang individu akan mendapat dua kali atau lebihanugerah tersebut jika dia dapat mengekalkan prestasinya. Walaubagaimanapun adalah perlu bagi seseorang pengetua mengurus tadbirAPC ini sebaik-baiknya agar ia boleh digunakan untuk merangsangbudaya kerja dengan ikhlas oleh para guru dan kakitangan sekolah.Kita tidak mahu kesilapan urus tadbir APC akan menyebabkan berlakusebaliknya iaitu melunturkan semangat kerja dan membunuh motivasiseseorang. 

 

Satu perkara yang perlu diberi perhatian tentang APC ini ialahseseorang yang mendapat markah yang tertinggi tidak semestinya akanmendapat APC. Pengetua berhak untuk memilih daripada mereka yangmendapat markah tertinggi tadi untuk dicalonkan sebagai penerimaanugerah. 

Katakanlah A mendapat 98% dan B pula mendapat 87%.Oleh kerana Asudah mendapat anugerah tersebut, dan B pula merupakan seorangkakitangan yang bermotivasi dan dedikasi, maka pengetua berhakmencalonkan B untuk menerima anugerah tersebut sekalipun markahnyakurang daripada A. 

廣告-請繼續往下閱讀

 

APC sebenarnya adalah alat untuk menggalakkan persaingan secarasihat antara guru dan cara untuk meningkatkan motivasi mereka danpengetua diberi kuasa seluas-luasnya untuk mengurus APC demikemajuan sekolah untuk jangka panjang.