Bayi maut tertinggal dalam kereta

 

BAYI perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empatjam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak keretasebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmadberkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenagapengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupabayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

 

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggaldi dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya,tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dandisahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital PortDickson," katanya.