「Sebab RM100 Duit Bantuan Awal Persekolahan, Ramai Ibu Bapa Ketepi Maruah Diri」 – Guru Dedah Ibu Bapa Menipu Demi Wang Bantuan

廣告-請繼續往下閱讀

Keadaan ekonomi negara dikatakan berada di tahap mencabarberikutan peningkatan kos sara hidup yang perlu dihadapi rakyat.Untuk itu, pelbagai bantuan dihulurkan oleh pihak kerajaan bagimengurangkan beban yang terpaksa golongan berpendapatan rendah dansederhana.

Namun, apa yang menyedihkan adalah, ada yang mengambilkesempatan untuk kepentingan sendiri walaupun tidak berkelayakan.Perkara itu didedahkan oleh seorang guru di laman Facebooknyabaru-baru ini.

Syarat utama duit Bantuan Awal Persekolahan pendapatan bawahRM3k

廣告-請繼續往下閱讀

Guru, Mohd Fadli Salleh mendedahkan menerusi Facebooknyamengenai ragam sesetengah ibu bapa yang sanggup menipu untukmendapatkan bantuan kewangan yang disediakan pihak kerajaan bagikeluarga dengan anak bersekolah.

Bantuan berjumlah RM100 itu bagaimanapun hanya layak bagikeluarga berpendapatan isi rumah tidak lebih RM3000 sahaja. Apayang menyedihkan, segelintir ibu bapa menipu pendapatan bagimendapatkan wang berkenaan.

Cikgu kena tahu berniaga ada turun naik

廣告-請繼續往下閱讀

Paling mengecewakan menurut Mohd Fadli, ada keluarga yangmempunyai kereta sehingga buah masih meminta bantuan berkenaandengan alasan berniaga mempunyai turun naik tersendiri.

Kesian kami asyik kena marah saja

廣告-請繼續往下閱讀

Hanya dedah bila nak duit sahaja

廣告-請繼續往下閱讀

Jika menipu untuk RM100, berkatkah duit itu?

廣告-請繼續往下閱讀

BKAP1M perlu diagih awal

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)perlu diagihkan lebih awal bagi membantu keluarga berpendapatanrendah.

Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MAPIM), DatukDr Aziz Ujang, berkata pihaknya menyambut baik keprihatinankerajaan itu, namun mencadangkan supaya bantuan RM100 itu diagihkanlebih awal berbanding tahun lalu supaya dapat digunakan sepenuhnyaoleh mereka yang layak.

「Kami ingin mencadangkan supaya BKAP1M diberikan pada hujungtahun ini atau pada awal tahun hadapan, agar pelajar bolehmenggunakannya untuk membeli kelengkapan awal persekolahan,」katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebanyak RM328 juta diperuntukkan dalam Bajet 2018 bagi BKAP1Mmembabitkan bantuan RM100 yang akan dimanfaatkan oleh 3.2 jutamurid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima itu daripada keluarga denganisi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Sementara itu, Majlis Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Selangor, Datuk Azmin Mustam Abd Karim, berharap BKAP1Mtidak disalah guna untuk tujuan lain.

「Ibu bapa yang menerima bagi pihak anak mereka perlulahbertanggungjawab menggunakan bantuan khas untuk keperluanpersekolahan anak masing-masing.

「Kami mencadangkan agar wang RM100 itu ditukarkan kepada baucarsupaya penerima bantuan tidak membeli barangan yang bukan berkaitanpendidikan,」 katanya,