Tak mahu BN tewas, Azeez rayu sokongan guru

BALING - Ahli Parlimen Baling merayu sokongan guru untukmemastikan kemenangan BN pada PRU tahun ini.

廣告-請繼續往下閱讀

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sokongan gurumenentukan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Katanya, 25 peratus sokongan cikgu-cikgu akan sumbangkankemenangan.

「Saya merayu sokongan guru-guru. Tanpa kamu, saya berani jaminkami akan tewas,」 katanya di hadapan ribuan guru dalam ucapanPerjumpaan Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia BersamaWarga Pendidikan Daerah Baling di dewan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Baling, hari ini.

Abdul Azeez berkata, undian guru pada PRU kali ini juga penentukepada masa depan warga pelajar.

「Saya merayu..saya merayu demi masa depan anak-anak, pastikanmasa depan dan hala tuju mereka terjamin.

「Mereka tidak berdosa cikgu. Saya minta janganlah kitaterpedaya, terpesona dengan hasutan pelbagai pihak," katanya.

#prusinar  #aparakyatmahu