Kejadian 「MISTERI」 di tadika menyebabkan kanak-kanak ini lebam dan bengkak pada telinga kanannya

 

Seorang ibu meluahkan perasaannya menerusi laman Facebook, 「Sayasangat terdesak untuk mendapatkan nasihat jadi saya memilihplatform ini. Apa yang perlu saya buat?」. Kenyataan itu dibuat olehibu berkenaan setelah anak perempuannya berusia 3 tahun pulang kerumah daripada sekolah tadika dengan bengkak dan lebam pada telingakanannya.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 14 Februari lalu dansehingga kini keadaan telinga anaknya tidak menunjukkan sebarangperubahan membuatkan ibu itu membuat kenyataan begitu di lamanFacebook pada 10 Mac lalu.

廣告-請繼續往下閱讀

「Semenjak insiden berkenaan, anak saya akan terjaga daripadatidur dan mimpi ngerinya dan menangis sambil berkata, 「Saya takut.Saya minta maaf. Tolong berhenti. Sakit!」

「Dia juga ada menyebut nama gurunya」, tulis ibu tersebut.Situasi itu berlarutan pada setiap malam untuk beberapa minggu dankeadaannya meruntun hati saya kerana dia berada dalam keadaantrauma.

Anaknya juga telah berubah secara drastik sehingga kadang-kadangmudah marah dan menangis tanpa sebab yang jelas, luah ibu itu padakenyataannya yang dikongsi sebanyak 1,600 kali.

Menurut ibu itu, Claudia Kwan, pada 14 Februari lalu, suaminyamenjemput anaknya pulang daripada sekolah tadika dan dia perasanakan lebam pada telinga dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Rambutnya pula menutup sebahagian daripada telinganya dananaknya pula berpeluh-peluh. Namun, lebam itu masih dapat dilihat.「Setelah sampai rumah, suami saya meminta saya memeriksa telingaanak kami dan saya terkejut melihat telinganya lebam dan bengkakdengan teruk」.

「Hati saya sedih, pilu dan marah apabila saya bertanya pada anaksaya apa yang terjadi, dia tidak menjawab dan menangis,」 tulisClaudia. Ibu itu juga ada berkongsi gambar telinga anaknya yanglebam dan membengkak, di mana telinga kanak-kanak itu bertukarwarna menjadi ungu dengan keadaan kulit yang menggelupas.

Ibu itu kemudian menghubungi pihak sekolah tadika dan bertanyamegenainya, tetapi hampa kerana tiada seorang pun guru yang dapatmenjelaskan keadaan tersebut. Sungguh misteri. Claudia mengambilkeputusan untuk membawa anaknya berjumpa doktor pakarpadiatrik.

廣告-請繼續往下閱讀

Claudia Kwan/Facebook

「Ringkasnya, pakar yang mendiagnosis telinga anak saya jugaterkejut. Ia merupakan salah satu bentuk lebam traumatik yangdisebabkan oleh daya yang kuat dan disengajakan, bukan disebabkanoleh gigitan serangga ataupun alergi ubat,」 jelas Claudia menerusikenyataannya dan dia turut memberitahu guru besar sekolah tadikaanaknya tentang hasil diagnosis tersebut dan turut membuat laporanpolis. Hal berkenaan membuatkan guru kelas anaknya terperanjat.

Claudia juga ada membawa anaknya ke KKH (Hospital Wanita danKanak-Kanak di Singapura) untuk didiagnosis sekali lagi danhasilnya menunjukkan lebam berkenaan diklasifikasikan sebagaikecederaan yang disengajakan dan ia disyaki dilakukan oleh seorangguru.

Menerusi kenyataan Facebooknya, Claudia berkata bahawa dia adaberjumpa dengan guru tadika anaknya bagi mendapatkan penjelasan.Namun, balasannya hanya pelbagai alasan yang diberikan oleh pihaksekolah.

「Tujuan saya kongsikan kisah saya ini adalahbagi mendapatkan pandangan dan nasihat tentang apa yang perlu sayalakukan untuk menyelesaikan perkara ini…Saya telah berjumpa denganpakar pskiatri dan kaunselor untuk anak saya. Kata mereka, anaksaya sememangnya trauma. Sebagai seorang ibu, melihat anak sayamenderita begini umpama menyiat-nyiat hati saya dan ia meninggalkankesan emosi dan fizikal kepada saya」.

廣告-請繼續往下閱讀

「Saya sangat tertekan dengan ketidakcekapan pihak polis dankecewa dengan pihak sekolah yang mengambil pendekatan sambil lewadan tidak bertanggungjawab dalam kes ini. Malah, pihak sekolah jugamasih membenarkan guru terbabit meneruskan tugas sambil merisikokankeselamatan kanak-kanak di sana,」 tulis ibu itu.

Beliau turut melaporkan kes berkenaan pada Agensi PerkembanganAwal Kanak-Kanak (ECDA) Singapura.「Pihak ECDA memberi komen berkata memandangkankes berkenaan telah menjadi kes polis, mereka hanya mampu mengenalpasti tindakan susulan sejurus siasatan polis selesai. Pihak polisjuga menegaskan bahawa mereka tidak boleh mendedahkan rakaman CCTVkepada saya. Mereka juga tidak meyakinkan saya bahawa siasatan inidijalankan dengan baik, malah membiarkan saya tertanya-tanya akanperkembangan kes ini,」 kata Claudia.Menurut The Straits Times, pihakpolis telah mengesahkan laporan kes berkenaan yang dibuat pada 14Februari lalu dan berkata bahawa pihaknya masih lagi sedang dalamsiasatan dan pegawai bertugas akan memaklumkan perkembangan keskepada Puan Claudia.

Sementara itu, ibu mangsa berkata anaknya yang trauma kini telahberhenti bersekolah di tadika berkenaan. Ibu tersebut turut menulis:

「Di rumah, ketika saya sedang membacakan buku cerita ThreeLittle Pigs kepada anak saya, dia akan berkata bahawa gurunya itutidak ubah seperti watak 『serigala yang jahat』. Jika buku SnowWhite dibacakan, guru itu seperti 『ratu jahat』 dan jika dia bermainpatung, patung itu akan melindungi anak saya daripada guru. Bahkan,jika terdengar bunyi bising ekoran daripada pengubahsuaian padarumah jiran, dia akan berkata itu seperti bunyi gurunya datang danmenarik telinganya sehingga dia menangis!」

Sumber: Claudia Kwan/Facebook