Al-Fatihah.. Remaja Maut Ketika Ambil Keputusan SPM

 

廣告-請繼續往下閱讀

KOTA BHARU: Seorang pemuda yang dalam perjalanan untuk mengambilkeputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maut selepas motosikalyang ditunggangnya merempuh pokok di Jalan Padang Melintang, disini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli,17, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) KubangKerian untuk bedah siasat.

Ibu mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, berkata anaknya keluar darirumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada jam 7.30 pagiuntuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM diSekolah Menengah (SMU) Maahad Amir Indera Petra di sini.

「Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang jaraknyakira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal jenis Yamaha LC135LC terbabas dan merempuh pokok,」 katanya ketika ditemui JabatanPerubatan Forensik HUSM di sini, hari ini.

Beliau berkata, Mohamad Iqbal anak kedua daripada empat beradik,tidak menunjukkan sebarang perubahan dan reda denganpemergiannya.

Katanya, jenazah Mohamad Iqbal akan dikebumikan di TanahPerkuburan Islam di Kampung Sri Sentosa, Jalan Beris Kubur Besar,Bachok, petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan,Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata berdasarkan keterangan saksi,mangsa menunggang motosikal Yamaha 125Z dari Kota Bharu menghala keBeris Kubur Besar.

「Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakanterbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

「Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan parah di kepala,」katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Eberita