Aspek baharu KBAT UPSR diumum hujung tahun ini - Amin Senin

 

15214226317942.jpg

NILAI - Aspek baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalamUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan padapenghujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr AminSenin.

 

Beliau berkata, ini akan membolehkan kementerian menilai danmelihat potensi penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar sekolahrendah.

Advertisements

「Ini adalah penting kerana KBAT ini adalah sesuatu yang asas.Kalau tidak dapat menguasai ini agak susah untuk maju ke depan dansebab itu kita amat serius tentang perkara ini,」 katanya kepadapemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Komensmen InstitutAminuddin Baki (IAB) ke-19 di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) di sini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (KhidmatLatihan) IAB Mistirine Radin.

Amin berkata melalui KBAT, ia akan mampu merangsang pemikiranpelajar ke satu tahap yang lebih tinggi.

Calon UPSR 2016 merupakan kohort pertama yang mendudukipeperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankanunsur-unsur KBAT.

KBAT diperkenalkan untuk mengubah konsep hafalan kepadapemahaman, meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan iaitu lebihmenganalisis, menilai serta mencipta dan mewajarkan penyelesaiandan penemuan.

Menerusi KBAT, pelajar dilatih berfikir dan tidak tertaklukkepada buku teks. Selain akademik, mereka perlu menambahpengetahuan dengan keprihatinan terhadap benda-benda di sekeliling,membiasakan serta menyesuaikan mental dan fizikal terhadapciri-ciri lain dalam kehidupan.

Mengenai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amin berkata soalanKBAT dalam peperiksaan tersebut kini pada tahap 25 peratus.

「Kita akan tambah setiap tahun sehingga 50 peratus bermaksud SPMtahun ini soalan KBAT adalah 30 peratus dan kemudian untuk tahundepan 35 peratus dan akan meningkat sehingga 50 peratus. Inimenunjukkan betapa seriusnya KBAT ini tetapi kita perlu meletakkanpenanda aras untuk tahun ini.

Advertisements

「Berdasarkan kualiti jawapan calon SPM 2017, kira-kira 27peratus calon menguasai KBAT pada tahap tinggi, 39 peratus padatahap sederhana dan 34 peratus pada tahap rendah. Secarakeseluruhannya saya boleh katakan pelajar kita menguasai soalanKBAT,」 katanya. - Bernama