Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib

 

廣告-請繼續往下閱讀

SEREMBAN 19 Mac - Tindakan tatatertib dike­na­kan terhadapPengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman,Tampin kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar perempuanmaut ter­kena bilah pisau traktor mesin rumput, Februari lalu.

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata,tindakan diambil terhadap pengetua lelaki itu kerana membenarkankontraktor pembersi­han memo­tong rumput di padang se­kolah ketikapelajar sedang me­lakukan aktiviti.

「Pengetua sekolah berkenaan sepatutnya tidak membenarkankerja-kerja memotong rumput dijalankan ketika para pelajar beradadi padang.

「Prosedur operasi standard (SOP) kita dengan jelas me­nyatakanbahawa kontraktor tidak sepatutnya melakukan apa-apa kerja apabilaterdapat pelajar di padang sekolah,」 katanya selepas merasmikanPersidangan Pendidik La Sallian Malaysia Ketujuh di sini hariini.

Sin Woon bagaimanapun enggan mengulas bentuk tindakan yangdiambil terhadap pengetua terbabit.

Ditanya sama ada tindakan turut dikenakan ke atas kontraktorpembersihan, beliau berkata, ia bergantung kepada hasil siasatanpolis.

Dalam kejadian pada 13 Februari lalu, pelajar tingkatan dua SMKTuanku Abdul Rahman, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia selepaskepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput semasa menjalanilatihan kawad di padang sekolah.

Dua pelajar lain, Abdullah Haz­lan, 14, dan Mohd. Farhan RezaBadrul Hesam, 13, turut cedera dalam kejadian tersebut.