Jawab peperiksaan sambil dodoi bayi

 

廣告-請繼續往下閱讀

Jahan Taab, 25, menjaga bayinya sambil menjawab peperiksaan.

 

DAYKUNDI - AFGHANISTAN. Wanita hebat...itu gambaran sesuai untukseorang wanita Afghanistan yang menduduki peperiksaan sambilmenjaga bayinya.

Jahan Taab, 25, dilaporkan mengambil peperiksaan Kankor, iaitupeperiksaan kemasukan kursus sains sosial di Insititut PengajianTinggi Nasirkhosraw di bandar Nilli.

Menurut seorang pensyarah di universiti yang memantau ujian itu,Yahya Erfan, Taab bangkit dari meja ketika bayinya yang berumur duabulan itu mula menangis,  beliau kemudian duduk bersila untukmendodoikannya sambil terus menjawab peperiksaan.

Erfan sempat mengambil foto wanita tersebut dan dimuatnaik keakaun Facebook. Walaupun gambar itu kini telah dipadam, fototersebut menjadi tular dan dikongsikan ribuan netizen diTwitter.

「Wanita itu mempunyai tiga anak, sanggup berjalan lebih enam jamuntuk sampai ke bandar Nilli.」

「Sungguh luar biasa dan semua rakan sekelasnya amat kagumdengannya,」 kata Erfan kepada CNN.

Walaupun Taab telah lulus ujian kemasukan universiti, namunbeliau bimbang tidak mampu membayar yuran pengajian. - Agensi