Gaji RM5,000 sekadar cukup makan

 

廣告-請繼續往下閱讀

Hisyam menunjukkan senarai perbelanjaan bulanan yang ditanggungolehnya berbekalkan gaji RM5,400 sebulan.

 

BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkindisifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikatpembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasilperkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakuigajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dankomitmen setiap bulan.

Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun laluuntuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.

「Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyakmana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayarpengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya mintadia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

「Memang 『sakit』 apabila semua perbelanjaan yang selama iniditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang.Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, iatetap jadi kos tambahan buat saya.

「Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidaksabar, bukan mudah nak hadapi,」 katanya.

Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakalayang kedua baru genap setahun.

Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yangperlu dilaburkan.

「Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukanrumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah,belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tutermasuk dalam belanja rumah.

「Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuksimpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah 『tarik』untuk minggu-minggu akhir bulan,」 katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyamberkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkindilaksanakan dalam masa terdekat.

「Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudahselesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luarbandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semuaorang mahu 『cut』 kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan『demand』 tinggi.

「Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayarankereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi.Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,」 katanya.