Kenaikan Gaji Penjawat Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018

 

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Berkuatkuasa 1 Julai 2018

 

Dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkankenaikan gaji penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Kenaikan gaji tahunan (KGT) ini khas kepada semua 1.6 jutapenjawat awam termasuk kadar pencen secara 『one-off』bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini kepada pesara.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memendekkan tempoh kenaikanpangkat berasaskan 『time based』 kepada kakitangan kumpulanpelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari2018.

廣告-請繼續往下閱讀

KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

「Untuk makluman para penjawat awam, manfaat ini bakal diterimaoleh semua pesara di seluruh Malaysia, malahan,… 『pesara yangumurnya 93 tahun itu pun dapat juga』, 「 katanya yang secara jelasmerujuk kepada seteru politiknya dari Pakatan Harapan, Tun DrMahathir Mohamad.

Beliau berkata, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargaijasa dan pengorbanan serta penat lelah penjawat awam sebagai kawansetia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangansebanyak RM1.46 bilion.

 

Najib juga berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lapisankenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikankhusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.

「Ia sekali gus memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323pegawai dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta, berkuatkuasa 1 Januari 2019,」 katanya.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahanperubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak dan memberifaedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju menyumbangsekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres KesatuanPekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Bagi menghargai penjawat awam bukan beragama Islam menunaikanaktiviti keagamaan masing-masing, Najib berkata, kerajaan bersetujumemanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh harimaksimum sepanjang tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari2018 kepada penjawat awam berkenaan.

 

Sebelum ini, katanya, kemudahan cuti tanpa rekod keagamaanselama tujuh hari hanya diberikan kepada penjawat awam beragamaIslam bagi tujuan menunaikan umrah.

Najib juga mengumumkan tiga berita gembira kepada lebih 800,000pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan kadar pencen secaraone-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahankepada dua peratus diterima pesara pada 1 Januari 2018.

廣告-請繼續往下閱讀

Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju memberi geran khasmasing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia;Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurkan aktiviti persatuan dankelab.

Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan farduhaji, Najib berkata, kerajaan bersetuju menetapkan satu kuota khaskepada kumpulan berkenaan sejurus mendapat kuota diperuntukkankepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.