Malaysia berdepan kekurangan pelajar aliran sains yang serius

廣告-請繼續往下閱讀

Ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yangmenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Gambarhiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajaraliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapaistatus negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Aliberkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yangmenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurangberbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidakmencukupi di negara ini.

"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebihramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaranSTEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya padasidang media selepas perasmian Pameran Sains dan Kejuruteraan KualaLumpur (KLESF), di sini pada Jumaat.

 

Ia disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menterinya, DatukSeri Madius Tangau.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri NancyShukri, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan PengurusBesar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Ahmad Tajuddin, yang juga Pengerusi Unit Khas Teknologi Tinggi(MIGHT) berkata penurunan jumlah pelajar yang mengambil matapelajaran STEM bukan hanya berlaku di Malaysia.

Mengulas isu sama, Abu Bakar berkata punca kepada jumlah yangrendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaranSTEM, terutama dari luar bandar.

Katanya, kementerian-kementerian berkaitan bekerjasama eratuntuk mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Menurut Abu Bakar antara langkah itu ialah Program Kimia ke Desapada 2013 kendalian kementeriannya, yang disesuaikan untukmeningkatkan kesedaran dan keseronokan mata pelajaran STEM dalamkalangan pelajar luar bandar.

廣告-請繼續往下閱讀

KLESF selama tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen danPameran Antarabangsa Mines menampilkan pelbagai program danaktiviti yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yangantara tujuannya bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaranSTEM.