IBU MENGESAHKAN PEMUDA BOGEL NAIK MOTOSIKAL DI MELAKA SAKIT MERUPAKAN PELAJAR CEMERLANG

廣告-請繼續往下閱讀

NORAISHAH menunjukkan slip keputusan SPM anaknya yang cemerlangketika ditemui di rumahnya di Pernu, Melaka, hari ini. FOTOKhairunisah Lokman

「SUDAH ketentuan Allah SWT untuk kami diuji. Walaupun perit,kami reda dan berharap supaya dia dapat kembali normal,」 luahNoraishah Nordin, 50, ibu kepada seorang pemuda dipercayaimengalami masalah mental apabila videonya menunggang motosikaldalam keadaan berbogel tular di laman sosial Facebook.

Video berdurasi seminit yang tular sejak petang semalam itudirakam seorang pengguna jalan raya di Telok Mas, Melaka.

Noraishah berkata, walaupun terkilan dengan penyebaran videoterbabit, dia tidak menyalahkan individu yang merakamkan kejadianitu kerana mereka tidak tahu penyakit dihidapi anaknya dikenalisebagai Nadzmi, 20.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluarbekerja dan anak keempat daripada lima beradik itu dikatakan keluarke kedai berhampiran.

「Ketika keluar dari rumah, dia lengkap berpakaian dan sayaterkejut apabila mendapat tahu dia keluar dengan menunggangmotosikal.

「Sebelum ini sudah beberapa kali perkara sama berlaku, termasuklaporan polis dibuat orang awam, malah semalam anggota polis turutdatang ke rumah,」 katanya ketika ditemui di rumahnya di Pernu,Melaka, hari ini.

Noraishah berkata, dia tidak meminta anaknya untuk berkelakuanseperti itu, tetapi ia disebabkan penyakit dihidapi Nadzmi.

「Perkara ini berlaku di luar kawalan dan saya berharapmasyarakat tidak terus melontarkan kata negatif.

「Kami sekeluarga sentiasa memantaunya dan bukan bersikap lepastangan, tetapi ada masanya ia berlaku di luar kawalan. Tiada ibubapa yang mahu anaknya jadi seperti ini,」 katanya.

Beliau berkata, sebelum ini anaknya seorang pelajar pintar,malah memperoleh 9A, 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2015 seterusnya menyambung pelajaran di sebuah universiti diGombak, Selangor.

廣告-請繼續往下閱讀

「Bagaimanapun, Nadzmi hanya menamatkan pengajian satu semesterapabila diminta menangguhkan pengajian selepas dikatakan mempunyaimasalah kesihatan mental.

「Selepas tidak dapat lagi meneruskan pengajian, dia amat kecewasehingga kami tidak dapat menyebut nama universiti berkenaan.

「Jika fikirannya tidak terganggu, dia akan bercakap sepertibiasa, malah dapat membaca al-Quran dengan sempurna dan mendengarnasihat,」 katanya.

Noraishah berkata, dia dan suami, Roslan Jinu, 57, sedangberusaha mengubati penyakit anaknya itu, selain berjumpa pakarpsikiatri termasuk mencuba perubatan tradisional.