Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar Cemerlang 10A

Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar Cemerlang 10A

廣告-請繼續往下閱讀

Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar Cemerlang 10A|Iasesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang itu memilih untukmembunuh diri sedangkan mempunyai masa depan yang amat cerahmenanti di hadapan mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar wanita maut selepas terjun daritingkat 14, pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr. Ismail, di sini,dipercayai kerana mengalami kemurungan yang melampau.

Lapor portal NST, mayat wanita berkenaan yang dikenali sebagaiLin Jianying, 21 ditemui oleh penduduk pangsapuri itu selepasterdengar bunyi dentuman dari tingkat bawah kira-kira jam 8.50malam semalam.

Difahamkan, Lin merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapatkeputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),sebelum ini dia pernah bercita-cita ingin menjadi seorang guru.

Mangsa sebelum itu diterima untuk menyambung pelajaran di sebuahinstitusi pengajian tinggi di Kedah namun dikatakan mengalamikemurungan, membuatkan dia dipindahkan di institusi yang lain diSeremban.

Bimbang dengan keadaan Lin, ibu bapanya telah memasang aplikasiGPS pada telefon bimbit anak perempuan mereka itu agar kedudukannyadapat dikesan sepanjang masa.

Namun pada Isnin bersamaan 2 April, ibu bapanya mendapati Linberada di pangsapuri berkenaan, lalu menghubungi Lin untukmemeriksa keadaannya.

Lin menjawab panggilan itu dan berbohong bahawa dia ada bersamadengan beberapa orang rakannya.

Selepas beberapa ketika, mereka cuba menghubungi Lin, namungagal dan mereka mula bimbang dengan keadaan dan keselamatan anakperempuan mereka itu.

Mayat Lin kemudian ditemui berada di tingkat bawah dandipercayai terjun dari tingkat 14 selepas dihubungi oleh ibubapanya.

Lin juga meninggalkan nota terakhir yang mengatakan dia teringinmenamatkan kehidupannya, malah juga berkata:

「Jika anda menemui saya dalam keadaan masih hidup, tolong suruhdoktor jangan selamatkan saya.」

廣告-請繼續往下閱讀

Turut ditulis dalam nota itu Lin takut dia mengecewakan ibubapanya dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana tidakdapat fokus pada pelajarannya dengan baik.

Lin juga mendoakan ibu bapanya mempunyai kehidupan yang baikselepas pemergiannya dan berterima kasih kerana membesarkannyaserta meminta abangnya menjaga ibu bapa mereka.

Lin juga mahu organnya didermakan kepada mereka yangmemerlukannya.