Penggunaan bahasa Inggeris tambah nilai anak Sabah

KOTA KINABALU: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasapenghantar yang akan dimulakan di Sabah dan Sarawak, mampumelahirkan lebih ramai modal insan yang menguasai bahasaantarabangsa itu.

 

Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Hussin Basir,berkata ia juga membolehkan pelajar dari Sabah khususnya menerokabidang pendidikan lebih jauh dan berdaya saing.

 

 

"Contohnya, pelajar mampu belajar dan menimba pengalaman bekerjadi luar negara sebelum kembali ke tanah air. KGKS percaya ia dapatdilaksanakan dengan bantuan guru bahasa Inggeris serta kemudahanpendidikan yang mencukupi.

 

"Bukan hanya di sekolah rendah atau menengah, malah diuniversiti pun kebanyakannya (proses pembelajaran) menggunakanbahasa Inggeris. Oleh itu, jika mahu pergi jauh, kita perlumenguasai bahasa Inggeris," katanya ketika dihubungi di sini, hariini.

 

Malam tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak ketikamenyatakan akujanji keempat khusus untuk Sabah Sarawak sempenapelancaran Manifesto BN, berkata kerajaan BN akan memulakan projekperintis sekolah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar di Sabah dan Sarawak, tanpa meminggirkan bahasakebangsaan.

 

Najib berkata, ia adalah kehendak kerajaan kedua-dua negeri,selain BN sudah melaksanakan nisbah guru di Sabah dan Sarawakhendaklah 90 peratus anak tempatan dan 10 peratus dari Semenanjung,dengan kini ia sudah mencapai 87 peratus bagi kedua-dua negeri.

 

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriAbdul Rahman Dahlan mencadangkan sekolah kerajaan aliran Inggerisdiwujudkan semula di Sabah bagi meningkatkan penguasaan bahasa itudalam kalangan pelajar.

 

Hussin berkata, penguasaan bahasa Inggeris perlu diteruskan dinegeri ini kerana ada pelajar lepasan universiti gagal berdayasaing berikutan kurangnya penguasaan bahasa berkenaan.

 

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan keranamenepati janji dalam pelaksanaan nisbah 90:10 guru di Sabah.

廣告-請繼續往下閱讀