Pembelajaran abad ke-21 mudahkan pelajar, guru

Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) ternyata memberi banyakkelebihan dan kemudahan kepada guru, pelajar dan ibu bapa sama adadi bandar mahupun luar bandar.

 

Guru, Saifulnizan Ismail, 35, berkata teknologi melalui Frog VLEini lebih sistematik dan interaktif untuk menarik perhatian pelajarmemahami subjek tertentu.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Pembelajaran abad ke-21 mudahkan pelajar, guru

 

Katanya, bukan itu saja, kaedah itu juga menyuburkan minatpelajar untuk mengetahui lebih lanjut, memberi pemahaman danseterusnya memudahkan ibu bapa untuk memantau apa yang di sedangdipelajari anak masing-masing.

 

"Menerusi projek 1BestariNet, semuanya lebih mudah, menarik danpada masa sama pelajar tidak dibebani dengan buku teks dansebagainya kerana mereka belajar menerusi alam maya.

 

"Guru-guru juga mudah kerana boleh memantau latihan diberikan dimana-mana saja. Terima kasih kepada Yayasan YTL dan anaksyarikatnya, FrogAsia Sdn Bhd kerana menyediakan akses ini untuksemua yang terbabit," katanya ketika berkongsi pengalamanmenggunakan teknologi itu pada persidangan FrogAsia Leaps ofKnowledge 2018, di sini, hari ini.

 

Bagi Pengetua Sekolah Menengah St Peter Telipok, Kota Kinabalu,Jackson Siga, Frog VLE memberi kelebihan dalam membantu kemahiranteknologi maklumat kepada pelajar luar bandar.

 

Katanya, selain itu ia memudahkan guru untuk mendapatkan bahanberikutan platform ini selamat dan sistematik digunakan oleh semuayang terbabit.

 

"Menerusi kaedah pembelajaran ini, kami dapat meningkatkan misikemahiran 4C iaitu kolaboratif, komunikasi, kerjasama dan pemikirankritis, malah ia boleh diguna pakai di peringkat daerah, negeri dankebangsaan," katanya.

 

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Taman Kepong,Wen Beng Heng, 48, berkata kekangan jumlah komputer di sekolahdengan lebihan pelajar yang menggunakan Frog VLE sedikit sebanyakmengganggu proses pembelajaran.

 

"Namun, pelajar berjaya memanfaatkan kemudahan ini menerusitelefon pintar masing-masing. Guru juga mempunyai aplikasi ditelefon dan mereka boleh memantau latihan diberikan," katanya.