Surat Guru Stress Dari Klang Selangor

Beberapa hari lepas, Berita Harian di dalam ruangan suratpembaca ada mengetengahkan surat dari 『Guru Stress』 dari JalanSungai Udang, Klang.

Berdasarkan kenyataan dari guru tersebut, beliau ada mendedahkanpenggunaan VLE Frog di sekolah yang tidak mencapai objektif sebenarkerana ia bukan dibuka oleh setiap murid dan guru, bahkan ada yangdipertanggungjawabkan untuk membuka akaun vle frog orang lainsupaya nampak aktif. Ini disifatkan sebagai tidak berintegritibahkan 『berbohong』 semata-mata untuk nampak aktif oleh pihakatasan, katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Sebenarnya, tidak dinafikan apa yang didedahkan dalam surattersebut, walaubagaimanapun setelah diteliti mengapa ia berlakukerana beberapa faktor seperti:

Murid tiada akses internet di rumah.

Murid tiada laptop dan komputer.

Makmal komputer di sekolah yang kurang kelengkapan.

Desakan pihak atasan yang mahukan sasaran KPI penggunaan VleFrog tercapai.

Tidak dinafikan bahawa terdapat perbezaan kawasan luar bandardan bandar terutamanya dari segi sosio ekonominya. Bahkan bolehdikatakan kebanyakan rumah di bandar sekurang-kurangnya ada sebuahlaptop/ komputer dan akses internet.

Kita juga boleh melihat sekolah-sekolah yang benar-benarmemanfaatkan penggunaannya, bagaimana kaedah yang digunakan, danapakah kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk dijadikancontoh dan rujukan.

Rujuk: Panduan Untuk Mencapai KPI Penggunaan Vle Frog

Oleh yang demikian, kita berharap penambahbaikan kelengkapanyang cukup dan akses internet yang pantas agar pelaksanaan Frog Vleini benar-benar mampu mencapai objektif sebenarnya.

廣告-請繼續往下閱讀

Selain daripada itu, isu berkenaan perlu mengisi beberapaaplikasi seperti APDM, HRMIS,eoperasi, SAPS dan sebagainya. Hal ini sebenarnya sudahbanyak kali diketengahkan, dan beberapa penambahbaikan sebenarnyatelah dibuat untuk mengurangkan bebanan tersebut.

Namun begitu, bukan semua aplikasi ini membebankan malah adajuga kelebihan apabila menggunakannya. Cuma yang menjadi masalahnyaapabila terdapat ketidakadilan dalam memberi tugas, sehinggalambakan kerja kepada sesetengah individu sahaja.