9 Mei cuti peristiwa khas sekolah sempena PRU-14

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

9 Mei cuti peristiwa khas sekolah sempena PRU-14

 

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,hari ini mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei bagi semuasekolah seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya UmumKe-14 (PRU-14).

 

Mahdzir Khalid, berkata ini berikutan tarikh pengundianberlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

 

Beliau berkata, sebanyak 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian,Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundiandalam PRU-14.

 

"Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalamPRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolahharian di bawah Kementerian Pendidikan," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikanPersidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua SekolahMalaysia ke -57, di sini hari ini.

 

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 9Mei sebagai hari pengundian bagi PRU-14.

 

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 28 April inimanakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei ini.