Asrama sekolah tidak tutup 9 Mei - KP Pelajaran

 

廣告-請繼續往下閱讀

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin. 

Asrama sekolah tidak tutup 9 Mei 

 

PUTRAJAYA: Cuti peristiwa khas bagi sekolah kerajaan dan bantuankerajaan pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Meidepan, tidak membabitkan penutupan asrama sekolah.

 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata bagisekolah dua sesi yang dijadikan pusat mengundi PRU-14 pula, sesipetang pada 8 Mei depan hendaklah ditangguhkan untuk persiapanSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

"Semua sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga hendaklahmemberi kerjasama sepenuhnya kepada SPR dalam pelaksanaan PRU-14,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

SPR hari ini mengumumkan 28 April depan (Sabtu) sebagai haripenamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) hari mengundi PRU-14.

 

Berikutan itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalidmengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei depan bagi sekolah diseluruh negara.

 

Beliau berkata, sebanyak 6,941 daripada 10,180 sekolah harianbawah Kementerian Pendidikan dijadikan pusat mengundi PRU-14.