Biodata Dr. Maszlee Malik, Menteri Pelajaran Malaysia Ke-19

Dr Maszlee ialah bekas ahli akademik dan pendakwah, Dr Mazleemenyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) padaMac lalu dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada pilihanraya 9 Mei lalu dengan mengalahkan calon BN, Liang Teck Meng denganmajoriti hampir 4,000 undi.

 

Maszlee, 44, adalah bekas profesor madya di jabatan sainspolitik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

廣告-請繼續往下閱讀

Anak kelahiran Johor , berpengalaman berkhidmat di beberapabadan pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderatorbagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam danpolitik Timur Tengah.

Kelahiran Johor

YB Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telahmendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR)(2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (EnglishCollege). Pada tahun 1989, beliau telah menyertai Madrasah al-QuranWaddin dan kemudiannya ke Maahad Johor.

 

Baca Juga :  Keputusan SPM 2017 Sah 15 Mac 2018 SumberKPM

Lulusan Luar Negara

Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehinggaberjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt,Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazahsarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh danUsul al-Fiqh. Dengan izin Allah,YB Dr. Maszlee Malik telahmelanjutkan pelajaran di School of Governments and InternationalAffairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapatijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Bekas Profesor Madya Di UIAM

YB Dr. Maszlee Malik pernah bertugas sebagai pensyarah kanan diJabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan SainsKemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telahberkhidmat di sana sejak tahun 2000. YB Dr. Maszlee Malik jugamerupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du』at (MURSHID), ahli DewanPerwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahlilembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teachingfor the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids(ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, LembagaPusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada Kelab PenyokongKelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

廣告-請繼續往下閱讀

Aktif Sebagai Ahli Pemikir

Di media pula,YB Dr. Maszlee Malik lebih dikenali sebagaimoderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik TimurTengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islamkontemporari. YB Dr. Maszlee Malik kini merupakan Ahli ParlimenP151 Simpang Renggam yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU).

 

Manifesto Pakatan HARAPAN PRU 14 Pendidikan

Menurut sumber, beberapa perkara penting dalam perubahanpendidikan yang dijanjikan dalam manifesto pakatan harapan sebelumini. Kebiasannya pemimpin akan terlebih dahulu mengutamakanmanifesto kerana ingin mengotakan janji sebelum pilihan raya. Adabaiknya kita teliti manifesto HARAPAN berkaitan pendidikan :

1. Memastikan Keselamatan Bas Sekolah

2. Mengutamakan murid-murid dari golongan berpendapatan rendahuntuk daftar MRSM dan SBP

3. Menyediakan biasiswa khas untuk guru

4. Mewujudkan SBP aliran TVET

5. Menambahbaik kualiti pendidikan agama, mubaligh dan sekolahjenis kebangsaan

6. Memperluas aliran TVET

7. Menangguhkan pembayaran balik PTPTN kepada semua peminjamgaji kurang dari RM 4000.

Ringkasan Faedah Kepada Guru Melalui Pendekatan Dr MaszleeMalik berkaitan Pendidikan

 

Ringkasan faedah kepada guru melalui Pendekatan Dr Maszlee:

1. Mewujudkan Skim Guru Bantuan

2. Mengecilkan saiz kelas di seluruh Malaysia

3. Guru tidak perlu urus kerja pentadbiran