Kenaikan gaji tahunan penjawat awam ditentukan semula

PUTRAJAYA: Status Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semuapenjawat awam berkuat kuasa 1 Julai ini akan ditentukan semulakerajaan baharu nanti.

 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkatapengumuman kenaikan KGT pada 1 Julai itu dilakukan kerajaanterdahulu dan kini terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahumelaksanakannya atau sebaliknya.

 

"KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serahkerajaan baru untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaansekarang.

 

"Jadi, esok ada mesyuarat Kabinet, kita tunggu, mungkin perkaraini akan diputuskan kemudian," katanya kepada pemberita selepasmengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr MahathirMohamad, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satuKGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

 

"Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi KGTdisamping gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018," katanya.

 

Terdahulu, Ali tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini padajam 2.25 petang sebelum meluangkan masa lebih satu jam bertemuPerdana Menteri.

 

"Pertemuan hari ini adalah rutin harian sahaja," katanya.