Gaji menteri dipotong 10 peratus

 

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan gaji JemaahMenteri dipotong 10 peratus berkuatkuasa serta merta.

廣告-請繼續往下閱讀

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata persetujuanpemotongan gaji asas sebanyak 10 peratus itu menunjukkan JemaahMenteri prihatin terhadap masalah kewangan negara.

 

Beliau berkata, gaji menteri adalah lebih rendah daripadapegawai tinggi kerajaan, justeru kerajaan tidak bercadang menaikkangaji menteri sebaliknya akan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

 

"Perkara pertama yang saya buat selepas dilantik Perdana Menteripada tahun 1981 adalah memotong gaji menteri dan pegawai kanankerajaan.

 

"Seperti yang semua tahu, gaji pegawai kanan kerajaan lebihtinggi daripada gaji menteri. Justeru, terpulang kepadamereka...jika mereka berasakan perlu untuk menyumbang kepadapengurangan perbelanjaan kerajaan, mereka boleh berbuatdemikian.

 

"Tapi kami (kerajaan) tidak paksa," katanya pada sidang mediaselepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama di sini, hariini.

 

Katanya, mesyuarat Kabinet hari ini banyak membincangkan aspekpenyusunan pentadbiran terutama masalah kewangan termasuk hutangnegara yang sebenarnya sudah mencecah RM1 trilion.

 

Dr Mahathir berkata, mesyuarat juga sudah dapat mengkaji carabagaimana untuk mengurangkan hutang terbabit dan perkara itu akanakan diuruskan oleh Menteri Kewangan.

 

Katanya, kerajaan juga akan menentukan proses penguranganperbelanjaan itu tidak memberi kesan kepada mereka yang bergajirendah.

"Kerajaan juga akan menentukan tiada masalah timbul hasildaripada pengurangan perbelanjaan kerajaan dan pada masa sama,kerajaan sudah mengenal pasti banyak perbelanjaan dan projek lamayang boleh dikurangkan.

 

"Jumlah sebenar projek dan perbelanjaan yang boleh dikurangkanitu bernilai berbilion ringgit, namun beliau belum lagi mempunyaimaklumat terperinci mengenainya.

 

"Sebanyak mana yang kita dapat kurangkan perbelanjaan kerajaan,sudah tentu ada projek yang mungkin gugur dan ada yang mungkin kitahentikan, malah ada juga mungkin kita akan rundingan semula untukkurangkan kos.