105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran

105 harapan guru kepada Menteri Pelajaran

Sempena pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaranyang baharu, sebahagian besar guru-guru di Malaysia mengharapkanyang terbaik dalam sistem pendidikan masa kini.

廣告-請繼續往下閱讀

Dan harapan-harapan tersebut adalah..

1) Guru baru khususnya wajib diberi peluang mengajar berdasarkanopsyen kepakaran demi masa depan anak bangsa (penguatkuasaan wajibdibuat dengan pekeliling khas KPM kepada setiap ketua jabatan)

2) Setiap ketua panitia atau ketua unit mata pelajarandisediakan pembantu guru.

3) Satu jam peruntukan wajib diberikan dalam jadual PdPC untukguru membaca atau tenangkan fikiran (nampak remeh tetapi pentingdemi menambah kefahaman guru).

4. Polis bantuan membuat pemantauan seminggu sekali di premisatau pekarangan sekolah (disiplin).

5. KPM meninjau keadaan sebenar fasiliti terhad di sekolah yangmempunyai bilangan pelajar ramai atau kolej tingkatan enam.(Contoh: Ketiadaan dewan khas).

6) Menukar tarikh sambutan Hari Guru yang selama ini disambutketika pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

7) Guru yang menilai dan beri markah kepada pengetua dan gurubesar.

8) Postingkan graduan ISMP.

9) Menyelesai dan meluluskan semua permohonan guru yangberstatus duka lara.

10) Hapuskan ujian murid tahun 1-3, ajar mereka dengan adab danakhlak seperti di Jepun.. sebab akhlak anak-anak kita sekarangsemakin teruk. Guru kurang dihormati dan disanjungi. Kembalikanmaruah dan tingkatkan martabat guru. Hapuskan pbd, sekarang pergisekolah rasa terbeban dengan bermacam kerja perkeranian.. PdPCjatuh tempat ke berapa ntah.

11) Peluang mengembangkan bakat. Latihan berterusan yangberkualiti. Anugerah APC yang adil sebagai suntikan semangat danmotivasi.

12) Beri jawatan penolong kanan hakiki kepada semua gurupenolong kanan di pedalaman. Bukan lagi lantikan dalaman sekolah..tugas sama berat.

13) Hapuskan skpmg2

14) Mengurangkan budaya terlalu banyak mesyuarat, majlissambutan atau acara yang bukan akademik dan kursus yang tiadakaitan profesionalisme keguruan dan akademik. Less meeting, moreproductivity.

廣告-請繼續往下閱讀

15) Mengurangkan jumlah fail yang perlu dibuat dan memusatkanarahan Jabatan Pendidikan Negeri kerana kadang-kadang arahan KPMberbeza dengan arahan JPN negeri.

16) Meminimumkan jadual waktu peribadi guru untuk menandabuku

17) Mengubah syarat kewangan panitia untuk membeli peralatanyang menuju ke arah PAK 21.

18) Pembelaan guru yang mempunyai ijazah sarjana dan phd.

19) Kebajikan Guru;

1. Menyegerakan masalah guru duka lara dengan cepat, efisien dantiada birokrasi.

2. Penyediaan pembantu guru bagi setiap panitia, pengurusan faildan memasukkan data.

3. Memastikan guru fokus pada subjek opsyennya.

4. Penyediaan kelas khas dengan alat bantu mengajar yang lengkapbagi setiap subjek.

20) Keperluan murid dan pelajar;

1. Penekanan etika, adab dan moral yang terpuji bermula dariperingkat awal persekolahan seperti di Jepun.

2. Mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan murid/pelajar dariawal untuk digilap dan dikhususkan kepada murid.

3. Perbanyakkan kelas kemahiran berkualiti bagi memenuhikeperluan pekerja mahir. Contoh; pertukangan.

4. Sistem penilaian peperiksaan yang tidak menyebabkanmurid/pelajar stres.

21) Infrastruktur sekolah;

1. Menyegerakan selenggaraan di setiap sekolah tanpa karenahbirokrasi.

2. Memperuntukkan belanjawan khas bagi penyelenggaraansekolah.

3. Melengkapkan keperluan sekolah tanpa mengharapkan pihaksekolah mencari sumber luar (lain), bagi mengelakkan berlakunyarasuah atau salah guna kuasa.

4. Penyediaan pembantu teknikal di setiap sekolah bagiselenggara pendawaian, perpaipan dan kerosakan fizikal sepertipintu , kerusi dan meja.

5. Pemantauan dan penyelenggaraan berkala bagi 8,000 lebihsekolah di bawah persekutuan.

22) Gantikan pemberian tab, handphone dan simkad kepadaprojektor

23) Hapuskan pskpps - mengganggu PdPC guru

24) Semua sistem data di selaraskan supaya guru tidak membuatkerja yang sama berulang kali contohnya saps, apdm, ssdm,segak.

廣告-請繼續往下閱讀

25) Sistem Data maklumat guru juga di selaraskan supaya hanyasatu sistem sahaja diguna pakai dan tidak lagi memerlukan dokumen(hardcopy). Contohnya e-operasi, hrmis.

26) Guru yang sama tidak boleh mendapat APC lebih daripadasekali

27) Sediakan kelengkapan untuk guru seperti kementerian yanglain seperti alat tulis, uniform, kasut, kenderaan khas dansebagainya.

28) Berikan semula kuasa merotan kepada guru

29) Berikan imuniti kepada guru supaya ibu bapa tidak bolehmenyaman guru dan hanya kementerian yang boleh mengambil tindakankepada guru yang melampaui batas kepada pelajar

30) Sistem pemarkahan (SKT) diubah menjadi dua hala ( guru jugamenilai dan memberi markah pegawai yang menilai mereka supaya ada‘check and balance’, ini dapat memastikan pegawai penilai memberimarkah yang betul kepada guru dan mengelakkan salah guna kuasa)

31) Menghapuskan sistem pencerapan oleh pentadbir kerana semuaitu adalah hipokrit dan membazir masa. Guru hanya dicerap jika adakeperluan sahaja.

32) Wujudkan semula sistem jika tidak lulus peperiksaan, makatidak dapat naik kelas, maka pelajar yang tidak pandai membaca,menulis tak adalah sampai tingkatan 5 masih tidak dapat menguasailinus.

33) Murid tahun 1 seharusnya tidak dibebankan dengan terlalubanyak subjek untuk dipelajari.

34) Mengkaji semula silibus mata pelajaran agar relevan dengankeperluan semasa dan pembentukan sahsiah murid.

35) Menaik taraf bangunan dan kemudahan sekolah yg lebih 50tahun.

36) Pembatalan pekeliling yang tidak lagi relevan dan mengkajisemula pekeliling sedia ada.

37) Mengurangkan beban tugas guru terutama dalam kerja kerani.E-pelaporan/data/ict dan sebagainya perlu mempunyai kerani/pembantuyang buat dan bukan menjadi tambahan kepada tugas guru. Harap dapatmemberi peluang kepada guru meningkatkan kualiti pengajaran danpembelajaran bukan sekadar membuat kerja kerani semata-mata.

廣告-請繼續往下閱讀

38) Hapuskan spsk. Membazir fail dan kertas.

39) Memberi kuasa kepada guru untuk merotan...memberi jaminanpembelaan sekiranya berlaku hal-hal kemalangan seperti kemalangansemasa membawa keluar murid agar guru terus terbela.

40) Menghapuskan sistem pencerapan guru

41) Markah prestasi tidak dinilai oleh pentadbir tetapi wujudkansatu sistem yang dapat merekodkan setiap tugasan yang telah gurulaksanakan. So boleh detect sape banyak buat keje sape tak buatkeje sangat. Baru adil, tak dela kaki kipas, tak dela isu pentadbirbagi markah berdasarkan emosi semata2, tak ada isu kena ugut dgnpentadbir dan sebagainya. (boleh baca semua isu pemberian markahprestasi di group kgm)

42) Kurangkan program sekolah yang tidak memberi faedah,membuang masa guru dan menggunakan duit poket guru sendiricontohnya majlis konvokesyen tahun 6 @ tingkatan 5, keceriaantandas, program kelas PAK 21, hari kanak-kanak.

43) Harap pihak tuan dapat membuat pertukaran guru dengan lebihadil dan tepat sebab kadang-kadang pertukaran yang dibuatterutamanya dlm daerah merugikan guru dan dan pihak sekolah. Inisebab pertukaran yg dibuat oleh PPD tidak mengambil kira kepakarandan opsyen semasa/terkini guru, hanya bergantung pada maklumatopsyen asalnya yang kadang-kadang guru tersebut tidak mengajaropsyen asalnya berbelas/berpuluh tahun. Contohnya opsyen asalnyaP.Melayu dan guru sambung belajar buat opsyen/bidang lain, PPDlangsung tidak mengambil kira bidangnya yang terkini/kepakarannyayang terkini. Rugilah kepakaran yang ada pada guru tersebut tidakboleh diguna untuk pelajar.

44) Disiplin pelajar sekarang, hanya guru di sekolah yangmengetahui keadaan sebenarnya tentang masalah disiplin ini, tetapilaporan yg dihantar ke pihak atasa n...contonya ppd ke jpn...tidakmelaporkan hal yang sebenarnya untuk menjaga kedudukanmasing-masing. Semua laporan baik tetapi hakikat sebenarnyatidak.

廣告-請繼續往下閱讀

45) Kaji semula subjek untuk sekolah rendah yang rasanya terlalutinggi sukatannya dan terlalu banyak subjek yang hendak disumbatkanke dalam otak kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun.

46) Mohon kaji bidang sukan dan permainan untuk sekolah rendahyang terlalu hendakkan hasil terlalu awal. Umur 10 tahun dah nakjadikan Moktar Dahari,sepatutnya sekolah rendah diberikan asas-asaspermainan/kemahiran.

47) Sistem sekarang terlalu tumpukan peperiksaan, semua gurubesar/pengetua hanya nakkan A. Harap dapat ubah keadaan initerutamanya sekolah rendah. Menidakkan kemahiran dan keadaan budakyang berumur 6-12 tahun.

48) Wujudkan pembantu guru di bengkel reka bentuk danteknologi

49) tingkatkan bajet untuk per kepala murid utk kokurikulum danakademik. guru perlu keluarkan duit sendiri untuk fotostat latihanmurid, beli bahan untuk aktiviti rumah sukan dan lain-lain.

50) Mewujudkan sekolah khas untuk anak OKU, dan mereka tidakdicampurkan semua dalam satu bilik darjah, diasingkan supayamemudahkan guru yang terlibat. Anak ini tahap IQ mereka berbeza,terutama anak autisme, serebal palsi, disleksia, supaya merekaboleh dididik mengikut kemampuan mereka.

51) Hapuskan sistem linus yang menipu keadaan murid yang tidakboleh membaca dan mengira.

52) Tambah tempoh masa pembelajaran Sains. Nak minta rakyatminat Sains tapi peruntukan masa paling sedikit.

53) Jika masih ada peperiksaan jangan ketepikan hak meraikankejayaan murid hanya disebabkan murid lemah akan terasa. Murid yangberusaha bersungguh-sungguh akan hilang motivasi. Meraikan secaraberpada tak salah rasanya. Jangan keterlaluan.

54) Waktu PdPC guru yang padat daripada 24 waktu kepada sekarang32 waktu.

55) Murid Tahun 1 wujudkan kelas berfokus, mereka hanyadiajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesenian dan Pendidikan Jasmanisahaja selama setahun di Tahun 1.

廣告-請繼續往下閱讀

56) Wujudkan kembali sistem persekolahan tidak lulus tidak naikdarjah. Dengan ini kita tak himpun murid yang tidak menguasaibersama-sama murid yang menguasai dalam satu darjah, kesian mereka,sistem membunuh mereka ( murid tidak menguasai ) dalam keadaan kitatak menyedarinya.

57) Menaiktarafkan Guru Kafa di Kelantan dan dalam masa yangsama murid di Kelantan juga dapat sama belajar lima kali semingguKafa seperti pelajar di negeri lain. Sekarang murid hanya dapatbelajar kafa tiga kali seminggu. Penting adanya kelas Kafa dalampembentukan sahsiah dan jati murid anak gen Y ini yang mana kelaskafa ini lebih berfokuskan amali dalam pengajian agama sebagaicontoh yang paling nampak kami di Kelantan akan bersama anak muriduntuk solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Harap sistem Kafa disesetengah negeri dan tempat dapat diselaraskan. Mohon juga gajiguru Kafa bukan berbetuk elaun malah selaraskan kepada gaji tetap.Jasa guru Kafa harus juga tidak dipandang enteng. Mohon sangat YBada penambahbaikan dalam membantu sistem pendidikan kafa dibeberapa buah negeri dan tempat. Mohon ada penyelarasan juga.

58) Kaji elaun perjalanan guru ke mesyuarat atau aktivitimenggunakan kenderaan sendiri.

59) Sebagai guru Sejarah, saya mohon silibus berdasarkan teoribarat dalam buku teks diubah. Sejarah Islam perlu diberi penekananselaian sejarah negara sendiri untuk pupuk jati diri anak-anakdidik yang terus leka dengan gajet dan hiburan.

60) Utamakan peserta yang tamat kursus LCML IAB untuk diangkatsebagai barisan penolong kanan di sekolah.

61) Barisan pentadbir yang tidak efisien hendaklah diberipendedahan sebenar tugas mereka. Pentadbir yang didapati tidakefisyen, hanya beri arahan, tidak proaktif hendaklah diberi pilihansama ada ditukarkan atau menjadi guru biasa agar guna tenaga modalinsan lebih optimum.

廣告-請繼續往下閱讀

62) Lantikan pentadbir utama bukan fokus kepada gred DG48 sahajatetapi boleh libatkan DG44 sekiranya mereka lebih berkaliber danoptimis untuk membantu pentadbiran sekolah.

63) Guru yang pernah menanggung kerja pentadbir hendaklahdiutamakan kerana mereka lebih berminat, cekap dan sudah adapengalaman aspek pentadbiran, tambahan pula ada yang telahmembuktikan kecemerlangan yang dicapai.

64) Penjadualan aktiviti koko sepanjang tahun harus diberiperhatian.. kadang-kadang bertindih antara akademik dan koko.. guruyang menguruskan koko dan akademik tertekan.. begitu juga pelajar.Contohnya: Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan selang duahari dengan peperiksaan sebenar PT3.

65) Masih banyak sekolah yang kekurangan guru.. jadi banyaksubjek diberikan pada guru yang kurang pengetahuan bagi subjektersebut.. graduan kan banyak.. kenapa tak dihantar ke sekolah????Pelik

66) Satu lagi, semua Ketua Bidang dan Guru Kanan Mata Pelajaranhendaklah diberikan elaun kerana beban tugas mereka sama walaupunmereka di sekolah berbeza gred.

67) Mohon mewujudkan jawatan khas warden asrama bukan guru. Guruyang ditugaskan menjadi warden berasa tertekan dan hilang fokuskepada kerja hakiki kerana terpaksa bertugas 24 jam.

68) Memastikan bilangan murid dalam satu kelas tidak melebihi 25orang

69) Mohon sukatan pelajaran Matematik dikurangkan dan rendahsikit tahap penguasaan terutama sekolah rendah, tidak dimasukkantajuk sekolah menengah supaya murid dapat kukuh fakta asas dantajuk lain. Fikirkan sekali murid yang luar bandar.

70) Kaji semula frogvle:

- Selidik semula kemudahan infrastruktur:

*Komputer

*Internet

71) Selaraskan sistem online

- Jangan asingkan. Jadikan satu agar mudah guru nak update, elakkekeliruan. Bila terlalu banyak sistem guru pun keliru manasatu.

廣告-請繼續往下閱讀

- Jika sistem online dihimpunkan dalam satu tempat ia akanmemudahkan guru, pihak PPD, JPN dan KPM untuk ‘trace &update.’

72) Wujudkan sistem pendidikan acuan sendiri (Malaysia)

- ‘Stop implement education’ dari negara luar.

- Kalau nak ambil pun, pastikan ia sesuai utk diamalkan diMalaysia.

73) Kaji semula infrastruktur/kemudahan asas di sekolah

- Kerusi dan meja yang lama perlu diganti.

74) Hentikan tambah pelbagai perkara dalam prasekolah. Sayafaham prasekolah tempat di mana murid amat mudah dibentuk dandiajar dengan perkara baharu tetapi, jika terlalu banyak perkaraditambah dalam kurikulum dan aktiviti yang sedia ada. Saya khuatirguru pra tak dapat laksanakan dengan baik.

75) Beri peluang murid berinteraksi dgn golongan OKU. Agar muridtahu bagaimana untuk berkomunikasi dan belajar cara menghormatigolongan OKU.

- Lahirkan generasi yang peka dgn masyarakat.

- Belajar memahami individu yg kelainan upaya.

- Tanamkan sikap saling sayang menyayangi antara satu samalain.

76) Hantar guru ke Finland setahun. Belajar daripada dasarpendidikan terbaik dunia.

77) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkenalkan semula khususkepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

78) Setiap kelas dilengkapi peralatan TV LCD atau projektor,Speaker dan pendingin hawa.

79) Pelajar dalam kelas dihadkan hanya 25 orang.

80) Waktu rehat pelajar selama satu jam.

81) Waktu sekolah dari jam 8 pagi dan balik pada jam 1petang.

82) Mata pelajaran Geografi wajib belajar dari tingkatan1-5.

83) Semua bahagian seperti bahagian sekolah harian, SBP, TekVok,BPi, Sek Sukan digabungkan menjadi satu. Lebihan pegawai di KPMhantar ke sekolah jadi cikgu.

84) Kurangkan bilangan pegawai di PPD, kembali ke sekolahmenjadi guru.

廣告-請繼續往下閱讀

85) Ringankan beban pendidik drpd kerja2 pengkeranian, filling,e- dll, agar pendidik lebih fokus dlm PDP.

86) Kaji semula sistem pendidikan, pelajar bukan tikus makmal.Sistem dulu lebih baik dari sekarang dan tahap pendidikan lebihberkualiti. Jangan kerana inginkan ramai anak yang berada dalamsistem pendidikan, atau dapat ke menara gading, direndahkanmartabat pendidikan. Finland mempunyai sistem pendidikan yangterbaik.

87) Beri kelonggaran kepada guru untuk menjalankan pdpc mengikutkreativiti guru. Pdpc tidak sepatutnya hanya di kelas sahaja.Banyak sekolah tidak membenarkan program lain dijalankan pada waktupersekolahan contohnya hari sukan, pertandingan minggu akademikpada hal aktiviti berikut juga merupakan elemen dalam pdpc.

88) Pengambilan guru akan datang perlu diutamakan kepada graduanyang layak sahaja bukannya mengambil guru yang belum mempunyaiikhtisas dalam pendidikan.

89) Syarat menjadi pengetua bukan adanya NPQEL tetapi yang lebihpenting prestasi semasa, komitmen, pengalaman dan juga penilaiandaripada guru.

90) Guru diberi sedikit peluang utk menilai pengetua danpentadbir seperti mana pentadbir menilai guru.

91) Kurangkan bilangan murid dalam setiap bilik darjah kepada 15hingga 20 murid sahaja

92) Hentikan sistem ranking sekolah bagi elakkan murid dilatihuntuk skor exam semata-mata dan bukannya untuk peningkatan kendiripada masa akan datang.

93) Luluskan mohon tukar yang dah sekian lama tu, dah anak 4 puntak dapat lagi ikut suami

94) Tambah subjek wajib lulus PI dan BI.

95) Harap yuran sekolah tak bebankan ibu bapa.

96) Mohon Menteri Pendidikan baharu akan meletakkan syarat yangketat untuk makanan yang dijual di kantin sekolah. Cukup2 lahanak-anak dihidangkan dengan nugget, sosej dan ‘serbamoknika’makanan yang tidak sihat. Minda yang sihat terbina daripada fizikalyang sihat. Fizikal yang sihat, berasal daripada pemakanan yangsihat.

廣告-請繼續往下閱讀

97) Mesin fotostat yang canggih yang boleh asing kertas soalanikut set dan staple.

98) Mohon kaji semula sukatan KSSM yang terlampau tinggi arasdan tidak sesuai untuk tahap pelajar kebanyakan sukatan KSSM banyakcampur tangan daripada pihak lain yang berkepentingan. Sepatutnyaguru yang perlu sama duduk berbincang untuk menggubal sukatan.

99) Mansuh vle frog. Banyak lagi medium lain boleh guna. Jangantekan guru untuk menjawab surat tunjuk sebab tak capai pengarah kpipenggunaan vle. Yang penting pdp sampai. Pelajar pun dapat

100) Gantikan peralatan komputer yang telah usang dan luput (PCdan Projector)

101) Hapuskan terus perjawatan yg tidak penting di PPD dan JPN (SIP dan SISC+, Sektor Jaminan Kualiti) Perkasakan Jamaah Nazirsekolah sudah mencukupi.

102) Salurkan peruntukan Pengurusan Pembangunan dan Perolehanterus ke PPD bagi mengelakkan birokrasi di JPN. Hapuskan perjawatanPembangunan dan Perolehan di JPN.

103) Kurangkan beban kerja guru dengan menghapuskan beberapaaplikasi sistem pengkalan data yang tidak efisyen. Cukup dengansatu atau dua sistem sahaja seperti EMIS ( gabung semula eg gurudan eg-tukar) dan APDM.

104) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan jugaharus dihapuskan kerana banyak mendatangkan isu dan masalah sertamembebankan pengurusan sekolah. Guna kaedah lain yang lebih efektifdan mempunyai kebolehpercayaan.

105) Memperkasa semula fungsi Institut Pendidikan Guru seluruhnegara yang berperanan melatih guru sama ada di peringkat rendahatau menengah. Kembalikan elaun bulanan bagi guru pelatih.